Wednesday 20 March 2013

Overland Destination Melaka - LCCT - Siem Reap, Cambodia

Berat kaki ini utk melangkah pergi. Pergi tapi dgn semangat dan bekalan pengetahuan yg di kirimkan oleh pathner aku yg xputus membakar semangat aku utk aku melangkah seiring bersama beliau, melangkah utk melihat dunia luar yg xpernah aku lihat dgn mata kasar aku, cuma aku sering melihat gmbar2 dan membaca pengalaman2 dari rakan dan blog2 org2 yg awal telah pergi menjelajah mengikut jalan darat seperti mana yang aku lakukan ini. Aku kuatkan semangat dan terus melangkah. Aku xpernah kemana bersendirian sebelum nie. Naik bus? jarang sekali? fligth? sorang? mmg x la.. tp utk kembara kali ini aku bersendirian dari Melaka - LCCT- Siem Reap.

Antara soalan yg aku terpaksa meredhai utk menjawabnya..

- kenapa naik keretapi? kalau naik flight je kan senang dan cepat.
 aku say - aku tak kaya macam kau dan aku seronok bersusah payah naik keretapi sebab macam-macam pengalaman dan ikhtiar hidup yang aku dapat pengalaman dan merasai cara kehidupan org yg kurang berkemampuan utk menaiki perjalanan udara.

- kenapa tak beli kan i freeze magnet, keychain dan kenapa tak beritahu u nak pergi i nak kirim.
 (aku say) - kau ingat tujuan aku pergi ni nak shopping ya? xmuat beg nak belikan kowang buah tngan.. hahahaha dan aku xnak rase pressure bile mengembara nnti laa.. nak cari itu la nak cari ini la... :)
Kepada rakan-rakan yg banyak bagi moral aku, kutuk aku, maki aku.. thanks2 :) 

Terima kasih :
(seorang perempuan Melayu yang mengembara secara solo dan kuat marah.. huhahahahah)
http://http://tamtambackpacker.blogspot.com/ (kawan2 yg da berpengalaman)


Mengikut perancangan, perjalanan aku bermula dari vietnam, tapi memandangkan aku xdapat apply cuti yg agak lama.. lebih kurang 6hari dalam waktu bekerja. Jadi terpaksalah aku skip utk 1 negara iaitu Vietnam. 

Aku memulakan perjalanan dari Siem Reap.
di sinila bermula segala-galanya.
episod pertama aku mengembara. Berbekalkan backpack di bahu aku pon meneruskan perjalanan seperti mana yg telah dirancang oleh noremy akak john. John ni kira  mastermind la utk perjalanan dan pengembaraan ini.. terima kasih banyak2 kerana aku telah terpilih menjadi pathner beliau dalam pengembaraan kali ini.



Sebelum aku nak memulakan cerita dan pengalaman-pengalaman yg aku dapat mase aku 6 hari di tempat org.. elok la aku berterima kasih kepada rakan yg banyak saport aku.. moral. basuh.. yg bagi mental aku koyak pon ramai.. btw thanks all.. 1st thanks to Noremy (jonh) member yg sama2 mengambara dgn aku ni. kawan2 dari kaustik, kawan2 fb, kawan2 seangkatan melepak ngan aku.. ramai la. Bloggers backpackersbusuk.blogspot.com hahahah org yg suh aku google.. hahahaha btw thanks all.. :) 

Langkah permulaan aku dri rumah yg utk ke melaka sentral, seawal jam 8malam aku dan bersiap dan membuat last check akan peralatan dan persiapan utk aku bawak g sana. maklum le aku  ni ada je barang yg tertinggal nanti. lepas da check semua aku pon melangkah. kluar rumah. kawan aku yg plan nak hantar aku ke melaka sentral. jam kt hp menunjukan jam 10mlm. masih terlalu awal utk aku terus ke melaka sentral sebab bus aku ke lcct pada jam 12.15am. Jadi aku dan mirul bercadang untuk kemelaka raya jumpa geng yang melepak karoke di Celcius melaka raya. Sampai je kt sana aku sempat la layan selagu dua. Lagu pon ala2 lagu sedih gitu macam pergi x kembali la plak.. Da macam konsert aku buat kt bilik karok tu.. lepak2 kejap kena 3-4 lagu. jam pon menunjukkan pukul 11.30pm. Mirul da bagi isyarat utk meneruskan perjalanan utk menghantar aku ke melaka sentral. Sampai je melaka sentral jiwa ini je yg tahu. gile berat utk aku melangkah utk perjalanan seterusnya. aku  kuat kan semangat. mase di gate tu kawasan menunggu xde la ramai org sangat. sbb bus yg aku ambik adalah bus perjalanan terakhir dan destinasinya ke LCCT. Dari pukul 8 mlm aku cuba hubungi si john nie yg hampir 12jam x dpt dihubungi last update di fb beliau yg beliau meninggalkan Ho Chi Ming Seawal pagi td. Aku mula la resah dan mengelamau seketika. Aku mula la x tentu arah aku duk IM si Eddy Qibran tanya brp jam perjalanan dari Ho Chi Ming ke Siem Reap brp jam.. Call xdpt, sms x balas, FB x update. aku da mula DOWN, terdetik utk membatalkan hasrat aku utk kesana. 

Aku pon letak beg kat kaki lima.. pastu 5minit kemudian ada la 2 org mamat nie dtg dari mane entah tetiba sampai aku x prasan sbb aku da layan perasaan dan ada la ambik sket video permulaan langkah aku kononnya.. aku pon berbula ala-ala kadar tnya kemana dia nak pergi.. rupenya dorang dari jakarta.. nak balik indon.. fligth jam 4ptg esknya.. awal gile dia ke lcct.. :) katenya enggak ada tiket bang esk.. habis.. Aku pon sebok melayan FB dan IM dgn kawan tiba2.. Tut,TUt wassap aku kuar notify. dari John.. yahooo gembira rase hati.. ayat si john ringkas dan padat

" En Lan sy baru smpai Siem Reap 14jam Dlm Bus 
Esk pagi sy tunggu awak di Siem Reap Airport
Kalau Sy xsempat driver tuk-tuk akan ambik awak dan balik ke guest house
Sy nak rehat penat ni. Jumpa Esk"

Perjalanan pon bermula hampir sejam setangah dalam bus aku pon sampai di LCCT, huh berderau darah oi... tp berbekalkan peringatan bergambar serta step2 dari John aku pon buat cool je.. John pon da pesan kalau da xtau sangat tanya je org. jgn malu bertanya. sesat jalan nnti. Sblm masuk LCCT aku pon pekena sebatang rokok dan trus melangkah masuk utk print bording pas. Selak gmbar2 direction dari john dan aku truss ke mesin print tu. tara.. kluar terus bording pass aku. jam kt hp menunjukkan lebih kurang pukul 1.45am.. haihh lama agie aku nak berlepas nie.. aiyarkkk aku pon xtau nak wat ape.. terus ke mcd.. alas perut.. lepak2 kt mcd.. still xleh lama sbb lepas makan aku nak berasap.. terpakse kluar dri mcd dan merokok. Dekat 5 batang gak aku isap rokok sampai aku naik bosan da nak isap rokok.. bosannya menunggu.. pesan si john awak jgn tertido ye.. kelaut kang. hahahaha jd aku pon bersengkang mata. Aku pon macam ye ye pusing2 dlm lcct tu. pastu aku ke bording bord. dan beratur kt tempat org nak check-in lagguege. lama gak aku beratur layan perasaan tetiba aku terpandang org blakang aku sebok timbang beg dia dan beratur blakang aku. lalu dia berbual dgn anak lelakinya

Brp kilo yg boleh masuk dlm perut kapal terbang nie? tanya si ayah pada anaknya
entah la ayah 25kg rasanya jawab si anak.

terdengar dialog diatas aku pon terus pandang signboard tempat aku beratur nie.. rupe2nya lane yg aku beratur ni tmpt nak check-in laggueage.. :) hehehehe trus dgn selambenya aku tolak trolly aku beredar dari situ. heheheheheh :) dan terus beratur kt tmpt pelepasan domestik. (salah tmpt gak) hadoi... :) org xpernah.. firstime kan nak wat cam mane.. tgk balik gmbar2 panduan betul la silap. aku terus ke kaunter luar tu. lepas isap rokok aku tnya kakak yg bertugas mase tu. dia ambik bording pass aku dan dia kate "adik terus ke T9 utk perlepasan antarabangsa, Ni da siap check-in online trus beratur dan tunggu utk Check-in masuk ya.


Aku pon terus ke Lane T9 dan beratur, lebih kurang 30minit pintu pon terbuka untuk check-in aku dgn selambanya memikul beg yg ngam2 7kg dan 1lagi beg kamera. Lane attandent tu sebok mengambil beg dan timbang bile turn aku je dia lepaskan selamba je. smpai ada tante indon tu terpakse berpatah balik sebab bwk beg lebih dari satu. bile je aku da lepas tante tu terus petik aku dan jerit "adik yg depan tu lepas je dgn 2 beg" aku pon tanpa toleh blakang berjalan terus keatas naik tangga. hahaha macam2 pengalaman aku kt LCCT nie.. hahahahahah sampai je kt Gate aku. aku pon letak beg lepas tu second check-in aku pon releks kt kerusi dpn tu. aku pon meletakkan kepada kt tmpt sandar dan dpt la aku merasa kenikmatan tidur.. hahah siap kunci jam KATENYA takut x sedarkan diri.. hahahahaha :) maklum le aku nie tido pelik sket. :) 

Gate da terbukak dan terus aku ke flight aku dan naik serta check seat no semua dan releks. mate da sangat rabak da time tu.. flight pon mulakan perjalanan je.. aku pon mulekan dengkuran. :) hehehehe start flight tu berlepas dan isyarat tali pingang di padamkan aku terus x sedarkan diri. Dalam 2 jam perjalanan lebih kurang aku pon x usha jam sngt time tu. betul2 time fligth aku landing aku tersedar dari lamunan yg panjang. cover muke sket.. betul2kan rambut dan turun dari fligth. Sampai je kat kastam Cambodia dia dia cakap malaysian ikut lane sblah sini aku pon beratur. bile time turn aku dia tunjukkan aku White Pass, aku pon dgn terpingga2 dan x tau ape2 & say " i dont have" trus uncle tu kate u Go to Another Counter No 4. Aku pon terus ke kaunter no 4. & lagi skali dia tnya aku mane White Pass aku.. aku pon ckp " i dont have" terus beliau menunjukkan duit malaysia RM10, denda sbb aku x dptkan white pass tu mase dlm fligth. (aku tido mane la aku tahu) aku pon bayar dan passport aku da di cop.. aku pon terus kluar mencari driver tuk2 yg memegang kad bertulis HAKIMI HASLAN, cari punya cari rupe2nya si john yg ambik aku. Ya Allah tuhan je yg tahu mcm mane hati aku bile da jumpa si john nie.. aku rase perjalanan aku mudah selamat dgn beliau.. sbb segala-galanya dia la yg tahu. aku ni ikut jer. apah pon x bleh harap. (aku bkn x nak ambik tahu cuma xnak ganggu dan xnak buat macam ye ye.. mane ada kapal 2 nakhodakan ) hehehehe alasan "A" x? hehehehehehe



Aku da boleh snyum lebar. trus naik tuk-tuk dan pergi ke perkampungan Muslim Cambodia utk mencari makanan halal. 


Aku makan Nasi Goreng Ayam dan Teh O Ais, nasi goreng ayam dia not bad la best gak.. tp air teh dia rase cam pelik sket. Lepas je makan trus balik ke guesthouse. aku pon mandi dan berehat skejap. Sempatlah aku tidur hehehee. :) 

Sewa Basikal Sehari 1USD
Basikal Bocor Bayar 1USD
Basikal Hilang Bayar 50USD 

Tepat jam 11.30am waktu Cambodia si john ni da kejutkan aku "kalau nak tido lama2 duk uma ye en haslan" pedas ayat si john nie.. kami pon turun kebawah dan menyewa basikal. (wah feeling pelancong asing la plak yg macam kt banda hilir tu) 


 hahahaha aku pon ambik basikal ala2 basikal jepun yg bakul di depan yg besar, senang sebab nak letak kamera. Kami pon berjalan macam tmpt tu kami da slalu pergi. Jalan je ikut suke, hhahahahah berbekal kan satu peta di posse beg john kami pon mula mengayuh.



Kat sini aku kekok sket sbb aliran jalan raya kat Siem Reap ni SONSANG. hahahah x macam kat malaysia. Kalau kt sempang je aku mesti tersilap masuk jalan. John pon jerit "oit worng way laa wathall" jalan raya yg sibuk dgn moto, tuk tuk, keta, bus, teksi basikal pon x kurang banyaknya. Hon sana sini.. lampu isyarat yg pelik.. hahahah redah jer.. Pusing dan mencari gmbar ala-ala street di sekitar bandar Siem Reap.

Ditambah pula dgn peniaga-peniaga kecil yg menjaja makanan dan minuman di kaki2 lima jalan yg menambahkan lagi keksesakan bandar Siem Reap.


Perjalanan di bandar Siem Reap pada waktu puncak adalah pengalaman yang xdapat di lupekan akan kesesakan jalannya yg sibuk dgn kenderaan, basikal dan tuktuk. Motor adalah pengangkutan utama di bandar siem reap selain basikal. tak kurang juga yg berjalan kaki. 



Ni di sebabkan tamatnya sesi persekolahan yg membuatkan jalan raya menjadi sangat sibuk. Kenderaan motor pelbagai guna, utk dijadikan tuktuk, stall perniagaan dan pengangkutan ala2 lori traller. Untuk mengangkut barang-barang keperluan dan peralatan harian. 















Kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan Angkor Wat. (survey2 la) sbb mengikut perancangan awal yg kami akan berbasikal ke angkor wat ini seawal jam 4pagi yg perjalanan memakan mase dari guesthouse kita orang dlm 10-15km. perancangan awal yg kami kena kluar awal sebab jam 6.30pagi da kena ada di sekitar angkor wat untuk merakam waktu matahari terbit. kononnya la berbasikal



kami pon berjalan menuju ke angkor wat. Jalan ke Angkor Wat menjadi jalan utama penduduk2 berhampiran yg tingal di sekitar Angkor Wat.Gmbaran anak2 kecil yg pulang ke sekolah menujukan penempatan sekitar Angkor Wat. Hampir kami sampai di pintu masuk utama angkor wat kami di tahan oleh pengawal yg meminta kami pas masuk ke angkor wat. memandangkan kami x membeli pas masuk lagi kami pon berpusing dan berpatah balik ke guesthouse. dalam perjalanan pulang sempat la megambil gmbar ala2 street di perjalanan pulang.

setiba kami di guesthouse kami pon park beskal dan naik atas rehatkan badan..  pungung rase cam nak pecah.. berbasikal hampir 20-30km da macam ape da rasenya. hahahah jarang berbasikal kan cam tu le jdnya.. rehat2 jap trus naik ke rooftop di tingkap 4 gueshouse utk merakam sunset plak.. :) 
releks jap kt situ sambil online dan update instagram http://instagram.com/hakimihaslan ni adalah salah satu travel album aku. penuh gak gmbar2 di masa saje aku berada.. Medium paling mudah aku nak share gambar.. :) 



Matahari pon da terbenam. aku pon balik ke bilik dan mandi. siap2 dan terus berbasikal meneruskan pengembaraan di malam hari hahahaha xle jauh nau Nigth Market ngan guest house. gedik je nak naik basikal.. arghhh damn da park beskal elok2 tetiba tgk xde kunci plak beskal tu. terpakse la aku patah balik ke guesthouse dan tukar basikal. wathall kang kalau ilang kena ganti 150USD mane aku nak cekau duit. hahahahaha :) pusing2 nigth market.. tengok2 barang.. :) 


Pelbagai barangan di jual di sekitar Nigth Market ni.. berwarna-warni.. 



kat sini macam2 jual.. barang2 kraftangan, lukisan2 dan pelbagai la.. tudung la kain alas meja la ape la. shawll la.. aku bukan tau sgt pon.. tp aku rase agak mahal gak la.. ;) sbb kt sini all in US DOLLAR.. 
aku pon mmg x niat nak beli ape2 sbb masih banyak lagi perjalan aku kt Cambodia nie.. sbb aku bawak duit pon x banyak ONLY 100USD je.. :). Jalan2 cuci2 mata. Berwarna-warni.. aku sharekan gambar2 ni kat instagram.. bakar line tuk kawan2 yg berada di tanah air. :) hehhehehee 



Antara hasil-hasil seni yg buat secara live yg bleh di lihat sendiri oleh pelancong2 asing yg datang sendiri ke nite art market nie ..


Antara pelukis2 jalanan yg sedang melukis di sekitar Art Market.

 

Antara persimpangan persimpangan dan deretan kedai-kedai yg berniaga terdapat juga Pub Street yg menjadi tumpuan pelancong2 dari luar utk berjimba jimbun. terdapat banyak deretan kedai yg menyediakan pelbagai hiburan ala-ala pub, bisto dan disco.





























Jambatan penghubung antara Art Market - Nigth Market dan - Pub Street yang dihiasi lampu yang berwarna warni.


Setelah pernat berjalan dari pagi sampai le ke mlm ni haa.. ngan kayuh basikal bagai.. aku pon memilih tuk merehat dan  memanjakan kaki/tapak kaki aku dgn urutan tradisional disini.



15minit hanya 1USD sahaja. 
45minit hanya 3USD sahaja 

agak murah laa kalau nak dikirekan agka disana.. tp jgn la korang konvert kan jd duit mesia.. tp pada aku xsalah penat da tapak kakini melangkah kan.. :) layan.
Lepas urut tapak kakai.. kt org balik guesthouse nak kasi rehat badan.. Sok pagi2 sebelum subuh da nak kena gerak. memandangkan kami da survey kejauhan Angkor Wat siang td.. x jd nak naik basikal. Sewa sebiji tuk-tuk dgn harga 12USD.
Seawal Jam 5pagi kami bagun dan bersiap utk meneruskan perjalanan ke Angkor Wat. Sejurus siap kami pon turun dan di sapa dgn ucapan "good morning friend" dari driver tuk-tuk.. "are u ready friend yeah.. kami pon meneruskan perjalanan.. 


mak ai sejuk dia jgn cakap laa aku plak bleh bersluar pendek dan baju lengan pendek.. naik moto pepagi morning lalu kat hutan2 sblm smpai ke Angkor wat tu.. mak ai.. :) sampai je di gate angkor wat tu kena beratur utk beli tiket atau pas masuk ke angkor wat tu.. dan kena ambik gmbar.. sbb kt pass masuk tu akan di printkan gmbar kita skali.. u magai.. :) kan main agie. :) hehehehe mate rabak.. snyum lebih kurang.. prappp gmbar di ambil dan siap.. :) heheheh 
sampai je di pintu masuk angkor wat tu.. aku da nampak da keramaian yg teramat di sana.. dorang da smpai lagi awal dari aku.. utk merakam gmbar mentari terbit. jd aku dpt la duk blakang2..



Antara gmbar-gambar mentari terbit yg sempat di rakam melalui iphone. keadaan menjadi sgt pack di kawasan ini.. ramai org kot.. datang lambatkan.. tripod pon xbawak ape yg ada je la.. heheheheh 




Selepas kami ambil gmbar lebih kurang kat kawasan yg ramai org nie kami pon trus masuk ke dlm angkor wat tmple ni melihat seni bina dan keajaiban senirekanya. mmg ajaib.. setiap pelusuk dan setiap ini permukaan bangunan ini di penuhi dgn ukiran-ukiran. haihh brp lama nak siap? brp ramai org di gunakan utk membuat angkor wat ni.. adeii.. teknologi ape di gunakan pd zaman dulu? erkk MEMANG AJAIB.. kami pon layan feel la bergmbar kt sini. ala2 model gitu.. :) huhahahahahahah









kami meneruskan ke tample2 yg seterusnya.. terlalu banyak tample yg terdapat di angkor wat ni. kata orng dekat 180 termasuk yg kecik2 yg bawak2 pokok yg dalam2 hutan. nasib kami x brp baik sebab banyak tample2 yg kami pergi semuanya sedang membuat renovation. sbb dek makan usia dan dek zaman kot. :) ape pon dlm keajaiban ciptaan ini aku kembali mengingati maha pencipta makluknya yg mengurniakan keringat utk membina hasil binaan yg tersangat2 la ajaib ini. Subhanallah.. ingat ciptaan mahkluknya ya Allah. 







Kami pon memilih utk tidak pergi ke semua tample dan kami minta driver tuk-tuk suggestkan mane tample yg cun untuk kami ambil gmbar sbgai kenang2an sbb kami da sangat2 la penat.. sebab seharian dari pagi x makan. hanya makan makanan ringan sahaja. agak letih, kurang tenaga.
lepas kami ke destinasi terakhir iaitu jungle throm lebih kurang namanya. Dan kami mencari minuman utk menghidrat kembali tenaga yg telah hilang.



Dan kami meninggalkan kawasan Angkor Wat utk mencari sesuap nasi.. 



kami pon mengambil keputusan untuk balik ke guesthouse dan pergi mencari makan utk mengisi perut yg lapar. hehehehe



Menu : Lembu naik gunung berapi 
price : 12USD utk 4org makan 
Venue : Cambodia Muslim Restaurant 


Perut pon da kenyang.. badan pon da lesu.. mata pon da kuyu dan xbleh blah..  kami pulang dan merehatkan badan.. tup tup sedar2 da malam.. hahahahaha :) kami pon bersiap utk pergi dinner bersama member yg john jmpa mase otw dari Vietnam - Siem Reap. Monalisa Solo Backpacker dari China. Kami pon tunggu amoi ni dtg ke guesthouse kita org dan pergi berjalan ke nigthmarket tuk mlm terakhir disana. Setelah amoi tu sampai kt org memutuskan utk berjalan kaki sbb nitemarket tu x jauh dari guesthouse kita org. jd jalan je la kan.. xkan nak buang 1Usd utk beberapa jam nak sewa beskal. :).. kami pon berjalan la.. walaupon badan agak penat.. lesu tp utk malam terakhir kami jalan dan mengabiskan duit yg tinggal. hahahaha tp aku x tau nak beli ape.. :) jalan2 urut2 tapak kaki.. hahahah



With Solo Backpacker dari China, Monalisa malam last dgn beliau, sebab esk nak teruskan haluan masing-masing.. dinner dgn beliau.. :) 




Belanja manja kan tapak kaki.. penat oi.. wathal la dekat 10km berjalan kaki.. haih... kasi beliau releks dulu .. huhuhu 


kami memilih Restoran Taste Of India sebagai tempat dinner terakhir kita org bersama Monalisa di Siem Reap Cambodia..kire cam drama sedih la sbb esknya da x jmpe monasila ni sbb dia akan balik ke Vietnam dan kami meneruskan perjalan ke Bangkok. Puas aku usha dia tuk stick together ngan kita org ke Bangkok tp sbb Visa dia xleh meneruskan ke Bangkok. 
Lepas Dinner kita org pusing2 lagi jalan2. Dan kita org pon balik guesthouse.. amoi ni balik ke guesthouse dia berbasikal sowang2. da nama solo backpacker kan main begani lagi hawau xnaknya.. hahahahahahah aku pon lepak kat Infomation centre kt guesthouse tu lepak2 on FB jap pastu naik atas kemas2 barang.. Sebab seawal 6pagi kita org kena gerak ke Border Cambodia - Thailand utk ke Bangkok. 



 Baju semangat, si john saje bakar line saya.. wathal kan.. :) 



Bersiap lepas break1st pagi.. nak bergerak dgn bus lebih kurang 5jam perjalanan mengunakan bus.. melalui Poiphet - Border - Thailand

Sebelum perjalanan kami di teruskan. kami memilih tuk tapau makanan di Musliam Cambodia Restaurant utk bekalanan dlm perjalanan nanti. Tp x sempat nak tapau sbb kami naik Van sahaja keadaan agak sempit dan susah kami nak makan nanti org sblh tgk plak kami makan.. dan kami memilih makan sebelum memulakan perjalanan 5jam menuju ke Poiphet dan seterusnya menujukan Border. Sampai sahaja di border Cambodia- Thailand


Isyarat & belok 



Rare berniaga dgn motor...




Sharing Is Caring 




 Pengankutan utama para petani utk mengangkut hasil tuaian..



 kami turun dari bus sbb kami x memilih tuk meneruskan perjalanan mengunakan bus malah kami memilih utk menaiki kereta api rakyat utk perjalanan seterusnya ke Bangkok. Selepas sahaja kami memasuk kastam Thailand dan selesai aktiviti cop pasport.



Selepas tu kami mencari Gudang bundle yg di war2 kan bahawa terdapat gudang bundle di sekitar border tp malangnya kami x jumpa gudang tersebut. dek kerana masa sangat mencemburui kami. kami pon mengambil tuk-tuk utk ke stesen kereta api Aranyaprahet dan membeli tiket dan meneruskan perjalanan ke Bangkok yg mengambil masa hampir 7jam.








Semasa kami menunggu waktu perjalanan kereta api kami berkenalan dgn 2 org peniaga pakaian terpakai yg berasal dari golok yg sama2 menunggu perjalanan kereta api ke Bangkok. Beliau baru sahaja mengambil bekalan di kawasan yg aku nyatakan td. tapi aku x jumpa tmpt tu xde rezeki agaknya. hehehhe  kami di beritahu akan selok belok kotaraya Bangkok dan tmpt2 mencari makanan halal di sekitar kawasan tempat kami menginap. 




Perjalanan kami agak panjang masenya hampir 7-8jam utk sampai ke Bangkok. Sepanjang perjalanan yg agak membosankan di tambah pula keadaan kereta api yg agak uzur, dengan seat yg agak mematahkan tulang belakang.. huih.. memang pengalaman la wei. :) nak xnak redah je.. :) nak tido pon x selesa. tapi ape yg aku nak terangkan kat sini. penduduk2 thai yg setrain ngan kita org semua ok2. bile lihat org luar mereka bagi keselesaan pada kami dgn tidak share seat dgn kita org.






Solo Backpacker dari Japun.. ape entah nama dia.. dia nak agak huru biru sket.. kita org xbrp nak IN la ngan dia.. layan2 camtu je.. 



sesampai je kita org kt benda pertama yg kita org kena buat adalah mencari makanan halal. aweh 2 org td tu tunjukkan kita org 3 deretan kedai yg terdapat herhampiran hostel kita org yg dkt ngan Bangkok Railway Station. 


Terdpat 3 kedai makanan halal di lorong blakang tu. Senang cakap kedai makan ni di blakang Bangkok Bank. Laluan belakang. tapi sygnya kami sampai je kedai tu.. 3-3 da tutup.. kami terpakse mengambil alternatif lain utk mencari makan mlm tu. Badan da sakit2 lepas makan je kita org trus check-in.. tgk tag kunci.. arghh damn... tingkat 5. dafuq.. nasib2 bkan main tinngi lagi nak kena panjat redah jer



 Lepas mandi siap2 kami pon turun bawah.. pusing area hostel sbb da x larat nak jalan jauh2, sebab pesanan org terdahulu jgn mengunakan tuk-tuk di badaraya bangkok pada waktu malam.. memang jd bahan korban dorang. sbb dorang kaki sembelih.. hahahahaha usha-usha lebih kurang kami pon balik tido. penat oi..sok pagi seawal pukul 7 kena kluar nak ke Bang Noi Floating Market & Maeklong Railway Market.. 


Bersambung......